Thursday 13 October 2011

DEATH IN THE WAY OF ALLAH

hari ni hari JUMAAT...hari segala hari...~ alhamdulillah tuhan masih panjangkan umur aku...
POST INI PERINGATAN UNTUK AKU DAN KAWAN2...
yang baik boleh lah diamalkan..yang burok2 tuh buang la jauh2 yer...ngeh2 =D

SOLAT~
Betapa pentingnya solat dalam kehidupan harian kite....Bile terbaca azab meninggalkan solat aku jdi takut..


Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu

Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia... Di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia.

Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim

Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah.

Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.

Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.” 

Dunia
1. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.


Sakaratul Maut
1. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
2. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
3. (su’ul khatimah)
4. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.


Alam Barzakh
1. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)
4. (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)


                                                                    Hari Qiamat
1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat
2. Allah SWT tersangat murka kepadanya.
3. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.


Bodohnya aku melengah2kan solat...Bodohnya aku abaikan solat...sedangkan aku tau solat tu tiang agama.. Aku cuba berubah ~Ya Allah..bantulah hambamu....Aku adalah manusia yang lalai...

tengoklah~then evaluate yourself my dear friends

JODOH~PERTEMUAN~AJAL ~ MAUT semuanya ditangan tuhan...cume kite manusia lemah nih hanya berdoa la, agar segala apa yang ditetapkan untuk kite oleh DIA semuanya kebaikan dan bukannya keburukan..dan Ya Allah......jgnlah kau matikan aku dalam keadaan kekufuran dan kecelakaan ..jadikanlah aku anak yang soleh dan beriman kepadamu... AMEEEN ~

Bagi wanita2 ~pesanan aku di hari Jumaat yang mulia ini....

"SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH"


selamat beramal~ ^_^

No comments:

Post a Comment